RUAMTHAI PTSB (Kulim)

Laman rasmi Ruam Thai Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim

SAWADDEE...

Sawasdee, salam 1Malaysia dan selamat datang kepada semua pengunjung yang mengunjungi website Ruam Thai Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim (PTSB). Kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana mengunjung website kami.

Tujuan utama saya mencipta website ini adalah sebagai saluran informasi utama tentang pergerakan atau kegiatan Ruam Thai di PTSB. Selain itu, saya juga ingin memperkenalkan Ruam Thai PTSB kepada semua terutama kepada ahli-alhi Ruam Thai di seluruh Malaysia di mana sebelum ini tiada sesiapa pun yang tahu tentang kewujudan Ruam Thai di PTSB. Hal ini demikian kerana, PTSB merupakan sebuah politiknik yang baru wujud dan belum dikenali ramai. Selain itu, kemasukan pelajar Siam ke politeknik ini juga dalam bilangan yang rendah daripada politeknik-politeknik lain seperti POLIMAS dan PKB.

Dengan adanya laman web ini, semua ahli Ruam Thai PTSB akan dapat mengetahui aktiviti-aktiviti yang akan diadakan. Contohnya aktiviti-aktiviti rap nong, jamuan dan sebagainya. Selain itu, bekas pelajar Siam yang sudah tamat pengajian di sini juga boleh mengikut perkembangan semasa aktiviti yang akan kami laksanakan di samping boleh memberi pandangan dan komen dalam ruang forum yang terlah disediakan.

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat dalam website ini, sila maklumkan kepada saya terlebih dahulu melalui ruamthaiptsb@gmail.com. Pengambilan maklumat tanpa kebenaran adalah perbuatan yang amat memalukan serta boleh dikatakan telah mencuri hak milik orang lain. Semua maklumat dalam website ini tidak semestinya tepat. Oleh itu, selidiklah terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Sebarang tindakan anda adalah tanggungjawab anda sendiri.

Sekian Terima Kasih. Khob Khun

-Last update at 2 Disember 2009 

Anda adalah pelawat yang ke: